Kita dihidupkan di dunia ini bukan untuk menyambung dosa kita semalam, tetapi untuk kembali mencari keampunan ALLAH. :)

Tuesday, 22 January 2013

PerMulaan Kehidupan....

Tanggal 2 september 2012,bermulanya kehidupan baruku sebagai pelajar Universiti Malaysia Terengganu. Sejak dari hari itu aku telah melalui pelbagai siku liku ranjau kehidupan sebagai seorang siswazah. Itu lah kali pertama aku berpisah dari keluargaku dan belajar hidup berdikari. Di sebuah bilik kecil yang aku diami bersama 3 orang sahabatku.,di situlah mengajar erti kehidupan sebenar. Pelbagai onak duri ditempuhi bersama tanpa mengenal erti jemu. Kadang-kala rasa ingin mengundur diri,tetapi mengenangkan kehidupan ku yang serba kekurangan dan usaha aku selama ini yang bersusah payah belajar semata-mata ingin menjejakkan kaki ke menara gading,ku teruskan usaha untuk langkah maju kehadapan. Setiap kali merasakan diri ini lemah,wajah ibu bapa lah menjadi pembakar semngatku. Menerima sahabat baru bukan lah mudah,tetapi setelah lama mengenali mereka hubungan kami 'alhamdulillah' semakin rapat. Walaupun kadang-kala ada juga masalah tetapi tidak lah sampai bermasam-muka atau tidak bertegur sapa. Aku harap hubungan ini berkekalan sehingga akhir hayat walaupun suatu hari nanti kita tidak lagi tinggal bersama. Selagi kita masih bersama di bawah satu bumbung,harap kiita tetap pegang pada prinsip kita "Jika gagal,biarlah gagal bersama...Jika berjaya,biarlah berjaya bersama". Ingat lah susah senang kita bersama,harap antara kita tidak ada yang pentingkan diri. Pejam celik,pejam celik dah habis satu semester aku di sini dan suka duka aku tempuhi bersama sahabat bilikku. Maaf dipinta jika diri ini selalu membuat salah dan selalu menyakiti kalian,sesungguhnya bukan lah niatku begitu. Tegurlah jika salah dan tidak menyenangkan.Harap bermulanya cuti semester ini dapat menjalankan kehidupan di negeri masing-masing dengan lebih matang. Jumpa Lagi kita Di Sem depan...

1 comment: